Assalamualaikum......
Ya entry kali ini adalah berkenaan dengan aku,si pemilik blog ini.Siapa Aku?tett...haha,macam nak mintak penampar free jak. Oklah,sebenarnya Umi Yusuf tu adalah seorang perempuan melayu ke-2 terakhir(ehem) yang suka menulis,oleh sebab itu dia wujudkan blog ini.
Aku bukanlah penulis yang profesional(amatur je awak,sob..sob..)disebabkan itu,aku gigih untuk memperbaiki penulisan aku.Minat menulis nie sudah timbul sejak dahulu kala lagi sewaktu menulis surat cinta kepada sang kekasih monyet(errr..). Aku akan menulis tentang apa yang berlaku di persekitaranku sebab cerita itu bermula dari apa yang kita lihat,dengar,sentuh,hidu dan rasa.Ya adik-adik,inilah yang dipangggil sebagai sense of sensory organs..
Aku juga adalah seorang yang gemar menghabiskan masa lapang di rumah.Macam boring jer,macam tak best jer..Tapi itulah aku,seorang yang tidak gemar merayau tanpa ada alasan yang kukuh untuk keluar rumah(err..pergi kfc tu sangat-sangat kukuh k).Pada aku,bukankah seeloknya kita menghabiskan waktu bersama orang yang tersayang dirumah dan buat pelbagai aktiviti bersama seperti bermalas-malasan depan tv,masak lauk special sikit,bertukar-tukar cerita dan akhirnya bergaduh sesama sendiri..hahaha
Ermmm aku nie sebenarnya biasa-biasa jak.So,kalaulah ada orang yang cakap about my beauty,kindness or politeness,i rasa macam errr.....Speechless uolls!!hal ini terjadi disebabkan mereka tidak melihat dan mengenal aku dengan lebih dekat.Cubalah tinggal satu rumah dengan aku dan lihatlah hasilnya apabila aku bangun tidur menjadi kak limah ataupun ketika aku marah,aku rasa aku telah betukar enjadi hijau. So,please don't judge me by your eyes k,kelak engkau akan rasa tertipu apabila mengetahui kebenarannya.Mmmmuahahaha...
Sampai disini sahajalah cerita tentang aku okey..Akan datang kalau aku rajin aku update lagi supaya awak rasa bosan membacanya dan seolah-olah telah mengenal aku seribu tahun dahulu..
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment